GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI
e-SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 2021 (e-SPeDIP2021)
Peringkat Kebangsaan
e-SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 2021 (e-SPeDIP2021)
Peringkat Kebangsaan
Tarikh-Tarikh Penting Pertandingan Inovasi:
- 20 Ogos 2021 : Tarikh akhir pendaftaran dan abstrak inovasi
- 28 Ogos 2021 : Tarikh akhir penghantaran Laporan Inovasi (pilihan peserta / Tidak Wajib)
- 05 September 2021 : Tarikh akhir penghantaran Video Inovasi dan Poster
- 07 – 10 September 2021 : Penilaian Inovasi
- 14 – 15 September 2021 : e-SPeDIP2021 berlangsung
- 15 September 2021 : Pengumuman Keputusan Pertandingan Inovasi
- 20 September 2021 : Tarikh akhir peserta membeli medal tambahan
- 01 Disember 2021 : Penghantaran medal kepada peserta
Syarat-syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada semua pensyarah/pegawai pendidikan/guru/pelajar.
- Lima (5) kategori dipertandingkan iaitu (A) IPTA/ IPTS/ IPG/ IAB/ Matrikulasi/ ILP/ IKBN/ Tingkatan 6/ JPN/ PPD/ SISC+/ SIP; (B) Guru Sekolah Menengah; (C) Guru Sekolah Rendah, (D) Pelajar Sekolah Menengah; dan (E) Murid Sekolah Rendah.
- Penyertaan individu atau kumpulan (2 – 10 ahli).
- Kategori Murid Sekolah Rendah dan Pelajar Sekolah Menengah, sila isikan nama guru pembimbing (maksimum 2 orang) semasa pendaftaran. e-Sijil Penghargaan akan diberikan kepada guru pembimbing.
- Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan dengan melakukan pendaftaran secara berasingan.
- Sebarang projek, produk atau bahan yang berunsur inovasi mesti ada kaitan dengan pendidikan atau penyelidikan.
- Produk atau inovasi boleh menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
- Setiap penyertaan inovasi perlu menghantar abstrak inovasi. Rujuk Template Abstrak Inovasi e-SPeDIP2021 untuk format abstrak inovasi.
- Inovasi yang pernah menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan/antarabangsa TIDAK LAYAK menyertai JIKA tiada penambahbaikan / naik taraf inovasi tersebut.
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan sekiranya didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau menyalahi hak cipta.
- Keputusan panel hakim yang dilantik adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Yuran pendaftaran pertandingan inovasi adalah PERCUMA.
Format Pertandingan:
- Setiap penyertaan bagi lima (5) kategori dipertandingkan di atas perlu menghantar video pembentangan yang berdurasi tidak melebihi 10 minit dan salinan lembut (softcopy) poster projek inovasi untuk dinilai oleh panel hakim.
- Panel hakim akan menilai setiap kategori berdasarkan kandungan persembahan video dan poster yang mengandungi maklumat berkaitan projek inovasi. Keputusan panel hakim yang dilantik adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Video Pembentangan Inovasi dan Poster akan muat naik oleh pihak penganjur di dalam laman web http://www.spedip.com/e-spedip2021 pada 06 September 2021. Ahli pasukan inovasi perlu memberikan respon kepada soalan (jika ada) secara bertulis dalam laman web tersebut.
- Video pembentangan/persembahan dan poster projek inovasi yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Garis Panduan Penyediaan Video Pembentangan Inovasi dan Poster Projek Inovasi:
- Persembahan peserta bagi menyampaikan semua maklumat berkaitan projek inovasi adalah berbentuk penghasilan video dan poster projek inovasi mengikut kreativiti masing-masing.
- Peserta mestilah menggunakan alat perakam sendiri sama ada perakam video / telefon pintar untuk menghasilkan video yang berkualiti agar mudah dinilai oleh panel hakim berdasarkan kriteria penilaian kreativiti dan inovasi yang telah dinyatakan.
- Format video yang ditetapkan adalah bentuk .mp4 atau .mpg atau .mov atau .wmv sahaja. Manakala saiz file video pembentangan adalah tidak melebihi 900MB.
- Tempoh masa video adalah tidak melebihi sepuluh (10) minit. Tiada penilaian pemarkahan terhadap baki video persembahan yang melebihi tempoh 10 minit (Contohnya: Baki video minit ke 10.01 ke atas tidak akan dinilai).
- Peserta perlu menghasilkan sebuah poster projek inovasi yang bersaiz A4 (8.27 x 11.69 in) sahaja.
- Format poster yang ditetapkan adalah bentuk .pdf atau .jpeg atau.png sahaja.
- Video pembentangan dan poster boleh menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
- Sila namakan fail softcopy video pembentangan dan poster projek inovasi mengikut Kategori Penyertaan dan diikuti dengan Nama Inovasi (Contoh: A SUPERMATH)
- Video pembentangan dan poster projek inovasi perlu diemelkan ke alamat emel [email protected] selewat-lewatnya pada 05 September 2021. Jika saiz file video pembentangan projek inovasi terlalu besar untuk dihantar melalui emel, sila upload video tersebut ke dalam google drive atau youtube. Emel link video tersebut ke alamat [email protected] untuk membolehkan pihak kami muat turun.
Anugerah dan Pengiktirafan:
Pengiktirafan
Semua penyertaan akan menerima satu Medal dan e-Sijil Anugerah berdasarkan pengiktirafan
Semua penyertaan akan menerima satu Medal dan e-Sijil Anugerah berdasarkan pengiktirafan
- Medal dan e-Sijil Anugerah Emas
- Medal dan e-Sijil Anugerah Perak
- Medal dan e-Sijil Anugerah Gangsa
- e-Sijil Penyertaan
Anugerah Khas
- Poster Terbaik
- Produk Inovasi Terbaik Setiap Kategori
Medal tambahan
Boleh dibeli dengan harga RM30.00 se-unit termasuk pos penghantaran selewat-lewatnya pada 20 September 2021 (Isnin).
Pembayaran dibuat kepada
Boleh dibeli dengan harga RM30.00 se-unit termasuk pos penghantaran selewat-lewatnya pada 20 September 2021 (Isnin).
Pembayaran dibuat kepada
- Nama Akaun : Koop Maktab Perguruan Sarawak Bhd
- Nombor Akaun : 3113841322
- Bank : Public Bank
- Receipient's Ref & Additional Info: Kod Inovasi dan Nama Pembeli
Medal Anugerah Emas, Perak dan Gangsa
Anugerah Khas bagi setiap Kategori Inovasi Terbaik
Penilaian Video Pembentangan dan Poster Inovasi:
- Bahan projek mestilah hasil karya asli peserta/kumpulan
- Pemarkahan adalah berdasarkan kandungan pembentangan/persembahan video dan poster yang mengandungi maklumat berkaitan projek inovasi.
- Video pembentangan/persembahan dan poster/banner projek inovasi akan dinilai berdasarkan tujuh kriteria seperti yang berikut:
|
Panduan Penyediaan Laporan Inovasi:
- Penyediaan laporan inovasi adalah pilihan peserta dan TIDAK WAJIB. Walaubagaimanapun, jika peserta memilih untuk menghantar laporan inovasi tersebut, laporan tersebut akan diterbitkan dalam e-Buku Koleksi Inovasi e-SPeDIP2021 dengan ISBN.
- Kertas dan margin
|
- Laporan inovasi yang ditulis adalah karya asli dan belum pernah diterbitkan dalam apa jua jenis penerbitan.
- Kandungan laporan inovasi boleh ditulis dalam bentuk berikut:
|
- Laporan inovasi yang dihantar perlu dibuat dalam bentuk salinan lembut (softcopy) MS Word kepada urus setia melalui email [email protected] selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2021.
Pertanyaan tentang panduan pertandingan inovasi boleh menghubungi Dr Norsarihan bin Ahmad (019-3603130) atau Dr Hu Laey Nee (019-8149386)