GARIS PANDUAN PEMBENTANGAN LISAN DAN PENULISAN ARTIKEL AKADEMIK/ PENYELIDIKAN
BAGI e-SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 2021 (e-SPeDIP2021)
PERINGKAT KEBANGSAAN
BAGI e-SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 2021 (e-SPeDIP2021)
PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh-Tarikh Penting Pembentangan Lisan:
- 01 Ogos 2021 dilanjutkan sehingga 08 Ogos 2021 : Penghantaran abstrak Pembentangan Lisan (Format : Rujuk Templat Abstrak Pembentangan Lisan e-SPeDIP2021) - TUTUP
- 15 Ogos 2021 : Notis Penerimaan Pembentangan Lisan - TUTUP
- 20 Ogos 2021 : Tarikh akhir penghantaran pemurnian abstrak pembentangan lisan
- 28 Ogos 2021 : Tarikh akhir penghantaran artikel penyelidikan / akademik
- 05 September 2021 : Tarikh akhir penghantaran video pembentangan (untuk pembentangan bukan online)
- 14 – 15 September 2021 : e-SPeDIP2021 berlangsung
PEMBENTANGAN LISAN:
Pembentang memilih salah satu daripada mode pembentangan iaitu:
- Secara Online (Google Meet) pada 14 – 15 September 2021 mengikut jadual pembentangan yang akan disusunaturkan oleh penganjur.
- Secara Rakaman Video iaitu pembentang telah merakamkan video pembentangan dan diserahkan kepada penganjur untuk dimuatnaik ke dalam laman web http://www.spedip.com/e-spedip2021. Pembentang perlu memberikan respon kepada soalan (jika ada) secara bertulis dalam laman web tersebut.
Satu kajian boleh disertai seramai maksimum lima (5) orang penyelidik, walaubagaimanapun hanya seorang sahaja dibenarkan sebagai pembentang lisan secara online.
Manakala bagi pembentangan lisan secara rakaman video, maksimum dua (2) orang dibenarkan sebagai pembentang dalam rakaman video berkenaan (pendaftaran sebagai pembentang dilakukan secara berasingan).
Manakala bagi pembentangan lisan secara rakaman video, maksimum dua (2) orang dibenarkan sebagai pembentang dalam rakaman video berkenaan (pendaftaran sebagai pembentang dilakukan secara berasingan).
Garis Panduan Penyediaan Rakaman Video Pembentangan Lisan:
- Penyediaan Rakaman Video Pembentangan Lisan untuk pembentang yang memilih pembentangan Secara Rakaman Video SAHAJA.
- Pembentang boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam penghasilan video pembentangan kajian masing-masing.
- Pembentang mestilah menggunakan alat perakam sendiri sama ada perakam video / telefon pintar untuk menghasilkan video pembentangan lisan yang berkualiti dan jelas.
- Format video yang ditetapkan adalah bentuk .mp4 atau .mpg atau .mov atau .wmv sahaja. Manakala saiz file video pembentangan adalah tidak melebihi 900MB.
- Tempoh masa video pembentangan adalah tidak melebihi lima belas (15) minit.
- Namakan fail softcopy video pembentangan dengan menggunakan nama penuh pembentang (contoh, ALI BIN AHAMD)
- Video pembentangan lisan perlu diemelkan ke alamat emel [email protected] selewat-lewatnya pada 05 September 2021. Jika saiz file video pembentangan terlalu besar untuk dihantar melalui emel, sila upload video pembentangan ke dalam google drive atau youtube. Emel link video tersebut ke alamat [email protected].
Panduan Dan Syarat Penulisan Artikel:
- Artikel ditulis berdasarkan hasil kerja penyelidikan atau konseptual atau ulasan literatur dalam bidang pendidikan yang berkaitan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan.
- Kertas dan margin
|
- Artikel yang ditulis adalah karya asli dan belum pernah diterbitkan dalam apa jua jenis penerbitan.
- Kandungan artikel hendaklah ditulis dalam bentuk berikut:
|
- Artikel yang dihantar perlu dibuat dalam bentuk salinan lembut (softcopy) MS Word kepada urus setia melalui email [email protected] selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2021.
Pertanyaan tentang panduan penulisan artikel dan video pembentangan boleh menghubungi Pn Hoon Swee Kim (019-8856615) atau Pn Tracy Anak Mensan (019-8107681)