Kata Alu-Aluan
MOHAMAD ZAILANI BIN JAYA
Pengarah IPG Kampus Sarawak
Pengarah IPG Kampus Sarawak
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Segala puji bagi Allah SWT atas segala limpah rezeki, kurnia dan kesihatan yang diberikan.
Saya amat bersyukur dan berbangga di atas pembinaan laman sesawang www.spedip.com sebagai satu laman khusus bagi penyelidikan dan inovasi. Ini adalah satu lagi inisiatif terpuji Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) kerana laman sesawang ini akan menjadi pelantar terbaik bagi perkongsian ilmu dan idea kepada semua pendidik dan bakal guru. Saya ingin juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua warga IPGKS yang memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan segala program dan aktiviti penyelidikan dan inovasi IPGKS.
Salah satu hala tuju IPG adalah Kecemerlangan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi, di samping haja tuju Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran dan Kecemerlangan Pembangunan Profesional Guru. Pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan inovasi merupakan agenda utama ke arah peningkatan profesiolisme para pensyarah di institusi pengajian tinggi, khasnya di Institut Pendidikan Guru sebagai Peneraju Pendidikan Guru di Malaysia. Usaha membudayakan penyelidikan dan pembangunan inovasi di kalangan pensyarah sejajar dengan Hala Tuju Transformasi IPG (2016-2025), iaitu Kluster 3: Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi.
Sesungguhnya segala komitmen dan produktiviti kerja yang telah ditunjukkan oleh pasukan JPPI IPGKS telah membuahkan hasil. Semoga laman sesawang www.spedip.com ini dapat menjadi sumber rujukan dan panduan bagi membawa nama IPGKS ke peringkat yang lebih tinggi.
Sekian, terima kasih

PASUKAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sarawak, Miri
DR NORSARIHAN BIN AHMAD
Ketua Jabatan, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) Doktor Falsafah TESL, UMS Sarjana TESL, UMS Sarjana Muda TESL (Hons), UM |
DR HU LAEY NEE
Pensyarah, Unit Matematik, Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) & Ketua Unit Perancangan Dan Pengoperasian Dasar, JPPI & Ketua Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik, JKA Doktor Falsafah Matematik, UTM Sarjana Sains (Matematik), UTM Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Hons), Matematik, UTM |
DR HUANG CHWEI ING
Pensyarah, Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Holistik Doktor Falsafah Teknologi Pendidikan, UTM Sarjana Sains Pendidikan (Teknologi Pendidikan), UTM Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Biologi), UTM |
DR NARAWI BIN ABU BAKAR
Pensyarah Cemerlang (M) Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Doktor Falsafah Pendidikan Matematik, UMS Sarjana Pendidikan (Pengajaran dan Pembelajaran), UUM Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Matematik), OUM Sijil Pendidikan Asas (Matematik) |
DR MAGDELINE ANAK NOR
Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu Doktor Falsafah Pendidikan (Kurikulum & Pedagogi - Bahasa Iban), UKM Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pedagogi), UKM Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, UPSI |
DR BAITY ANAK BUJENG
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknik Dan Vokasional) Sarjana Muda Pendidikan (Sains Rumah Tangga) |
DR NGUMBANG ANAK SULTAN
Pensyarah, Timbalan Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Seni Visual Doktor Falsafah Seni Visual, UMS Sarjana Pendidikan (Kurikulum Dan Pedagogi), UUM Sarjana Muda Seni Lukis & Seni Reka (Hons), UiTM Diploma Pendidikan (Pengajian Melayu, Sains, Moral) |
DR BELL SU'UT
Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Seni Visual, Doktor Falsafah Sastera (PSV), UMS Sarjana Pendidikan Seni Visual, UPSI Sarjana Muda (Seni Halus) dengan Kepujian, UNIMAS Sijil Guru (BI) MPS |
DR HENRY KOTA PIRAK
Pensyarah, Jabatan Pendidikan Dan Jasmani dan Ketua Unit Program Pengajian Akademik, JKA Ph. D (PJK), UMS Sarjana (Pend) Pendidikan Jasmani, UM Sarjana Muda Sains Sukan, UM Sijil Perguruan Asas(KH), MPBL |
DR LAW HUI HAW
Pensyarah, Ketua Unit Reka Bentuk dan Teknologi, Jabatan Pendidikan Holistik, JPH Doktor Falsafah (Pendidikan sains) Sarjana Pendidikan (Biologi) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Sains (Kimia/Biologi) |
DR AISHA CHANG
Pensyarah, Ketua Unit Prasekolah, Jabatan Pendidikan Holistik Doktor Falsafah Pengajian Kurikulum, UPSI Sarjana (Penilaian Pendidikan), UPSI Sarjana Muda (Pendidikan Multimedia), UPSI Diploma (Teknologi Multimedia), NCT |
HOON SWEE KIM
Pensyarah, Unit Bahasa Cina, Jabatan Bahasa & Unit Perancangan Dan Pengoperasian Dasar, JPPI Sarjana Linguistik (Sociolinguistics) Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Cina) Sijil Perguruan Asas (Bahasa Cina) |
TRACY ANAK MENSAN
Pensyarah, Unit Sains, Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) & Unit Penyelidikan dan Inovasi, JPPI Sarjana Pendidikan (Kurikulum Dan Pedagogi) Sarjana Muda Pendidikan (Biologi) |
KATERINA KELIMAH ANAK BONIFACE
Pensyarah Jabatan Pendidikan Holistik Sarjana Pendidikan Sarjana Muda Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah, IPGK Ilmu Khas, Program Intervensi Tambahan Opsyen (TESL) |