PedaTEd2026 Zon Sarawak
Persidangan Pedagogi dan Pendidikan Guru (PedaTEd) merupakan inisiatif ilmiah tahunan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang bertujuan memartabatkan profesion perguruan melalui pembudayaan ilmu. Selaras dengan ketetapan pengurusan tertinggi IPGM pada tahun 2023, pelaksanaan persidangan penyelidikan dan inovasi ini telah dijajarkan semula untuk dilaksanakan mengikut zon bermula tahun 2024. Pendekatan penganjuran secara zon ini bukan sahaja mendukung dasar penjimatan negara melalui perkongsian kos, malah ia merupakan langkah proaktif dalam mengurangkan beban tugas pensyarah di peringkat kampus selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi tahun 2026, penganjuran PedaTEd Zon Sarawak akan diterajui oleh IPG Kampus Sarawak, Miri dengan kerjasama strategik bersama IPG Kampus Batu Lintang, IPG Kampus Tun Abdul Razak, dan IPG Kampus Rajang. Usaha kolaboratif ini adalah manifestasi kepada komitmen zon dalam merealisasikan Pelan Induk Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan 2026 - 2035, khususnya di bawah Teras 1 iaitu Meningkatkan Akses dan Kualiti Pendidikan dan Teras 2 iaitu Memperkukuh Pendidikan Digital dalam kalangan warga pendidik.
Mengangkat tema "Pendigitalan dalam Penyelidikan dan Inovasi: Pemacu Pembinaan Karakter Pendidikan Generasi MADANI", persidangan ini dirangka untuk menjadi platform utama bagi para penyelidik, inovator, dan pakar pendidikan berkongsi amalan terbaik serta penemuan terkini. Dalam mendepani cabaran dunia yang dinamik dan era Revolusi Industri 5.0, persidangan ini dilihat sebagai medium kritikal untuk memacu kualiti pendidikan negara serta membentuk generasi MADANI yang kompeten melalui integrasi pendigitalan dalam penyelidikan.

TEMA
Pendigitalan dalam Penyelidikan dan Inovasi: Pemacu Pembinaan Karakter Pendidikan Generasi MADANI
OBJEKTIF
- Memberi peluang kepada warga pendidik untuk berkongsi hasil penyelidikan dan inovasi berkaitan dengan pedagogi dan pendidikan guru;
- Memantapkan kemahiran penyelidik dan inovator dalam melaksanakan kajian dan menghasilkan inovasi yang berkualiti dan berimpak;
- Menggalakkan warga pendidik membangunkan profesionalisme mereka dalam aspek penyelidikan, penerbitan dan inovasi;
- Meneruskan usaha bagi merealisasikan hala tuju pendidikan digital negara ke arah pendidikan MADANI.
SUBTEMA
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Pendidikan Bahasa
- Pendidikan Islam
- Pendidikan STEM
- Pedagogi Pribumi
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Pendidikan Pemulihan
- Pendidikan Khas
- Pendidikan TVET
- Bimbingan dan Kaunseling
- Sains Sosial
- Isu dan Cabaran Pendidikan Masa Kini
- Robotik
Hubungi:
- Dr Norsarihan bin Ahmad di talian 019-3603130
- Pn Angela Jau di talian 013-8637673
- Dr Hu Laey Nee di talian 019-8149386