World Robot Olympiad (WRO) Open Championship (Asia & Pacific) 2025 Manila, Philippines 18 - 21 September 2025 Kategori : Future Engineers Challenge Tema : The Future of Robot Pencapaian : Johan dan Tempat Ketiga (2 pasukan)
Smart Partners:
Ministry Of Education, Innovation And Talent Development Sarawak
"𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐓𝐈𝐊 𝐈𝐏𝐆𝐊𝐒 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀!" Pertandingan Robomission Battle Lego Education Spike Prime “Borneo International Robot Tournament 2025” (Borneo-IRT2025) telah berlangsung pada 07 – 10 Mei 2025 di Hotel Meritz , Miri, Sarawak. Sebanyak 220 pasukan dari Malaysia, China, Chinese Taipei, Macau, Vietnam dan Thailand telah menyertai pertandingan ini. Tahniah dan syabas kepada semua 8 Pasukan Robotik (I-Roboreg, Laivin, G.E.T, RoboNatives, RoboQhirin, TCV, To.In & VAK.R7) IPGKS yang menyertai Borneo-IRT2025 dan mencapai kejayaan yang cemerlang dan mengharumkan nama IPGKS. Pasukan I-Roboreg (Grace Tan Hong Hui & Elaine Wong Nga Hui) mendapat Tempat Ketiga dalam Kategori Robomission Battle Upper (16 - 18 tahun). Manakala untuk Kategori Robomission Battle Open (19 tahun dan ke atas), Pasukan Laivin (Lai Chaun Choy & Yong Vin Cent), hasil kerjasama IPGKS dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berada di Tempat Kedua; Pasukan VAK.R7 (Raymond Ting Yih Wei & Audrey Kong Siau Jing) meraih Tempat Ketiga dan Pasukan RoboQhirin (Muhammad Asy Syakirin Bin Razlan & Muhammad Qhairil Bin Mulyadi) medapat Tempat Ke-7. Pasukan ini telah dibimbing oleh Dr Hu Laey Nee dan Dr Norsarihan bin Ahmad.
Teruskan usaha dan disiplin diri yang tinggi. Semoga kejayaan kali ini dapat memberi motivasi kepada Pasukan Robotik IPGKS untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam Kejohanan Robotik Antarabangsa – World Robot Olympiad (WRO) Open Championship (Europe), Kategori Robomission Senior di Ljubljana, Slovenia pada 02 – 05 September 2025 dan WRO Open Championship (Asia & Pacific), Kategori Future Engineers Challenge di Manila, Philippines pada 18 – 21 September 2025. Kita doakan agar Pasukan Robotik IPGKS ini dapat mengharumkan nama Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, dan IPG Malaysia di peringkat antarabangsa serta melahirkan bakal guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program dan aktiviti pembangunan guru yang dinamik ke arah kecemerlangan pendidikan guru bertaraf dunia.
Semoga program dan aktiviti robotik terus memacu kemajuan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) selari dengan keperluan negara masa kini. “IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia“ #ipgksfightforthebest #robotics #legoeducation #BorneoIRT #RoadtoWRO2025