PERTANDINGAN INOVASI @ PedaTEd2026 Zon Sarawak
TARIKH-TARIKH PENTING
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN INOVASI
- Pendaftaran pertandingan inovasi adalah PERCUMA.
- Penginapan dan makan minum tidak disediakan sepanjang PedaTEd2026.
- Pertandingan ini terbuka kepada semua pensyarah, pegawai pendidikan, guru dan pelajar.
- Lima (5) kategori dipertandingkan iaitu:
- Kategori A: Pensyarah (IPTA, IPTS, IPG, IAB, Kolej Matrikulasi, ADTEC, IKBN, Kolej Komuniti, Tingkatan 6, JPN, PPD, SISC+, SIP)
- Kategori B: Pendidik / Guru Sekolah (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah).
- Kategori C: Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) / Institusi Pengajian Tinggi (IPT) / Tingkatan 6 (termasuk penyertaan bersama pensyarah pembimbing).
- Kategori D: Pelajar Sekolah Menengah (maksimum 2 orang guru pembimbing)
- Kategori E: Murid Sekolah Rendah (maksimum 2 orang guru pembimbing).
- Penyertaan boleh dikemukakan secara individu atau berkumpulan (2 hingga 10 orang ahli) termasuk Ketua Kumpulan.
- Bagi Kategori Murid Sekolah Rendah dan Pelajar Sekolah Menengah, nama guru pembimbing (maksimum 2 orang) mestilah didaftarkan semasa pendaftaran. e-Sijil Penghargaan khusus akan diberikan kepada guru pembimbing yang didaftarkan.
- Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan, namun setiap produk/inovasi mestilah didaftarkan secara berasingan.
- Setiap projek, produk, atau bahan inovasi yang dipertandingkan mestilah mempunyai relevansi dengan bidang Pendidikan atau Robotik atau Penyelidikan.
- Inovasi yang dihantar hendaklah selari dengan tema persidangan:
- Laporan inovasi dan video inovasi boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Projek inovasi yang pernah memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sebelum ini TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini, KECUALI terdapat penambahbaikan, modifikasi, atau penataran (upgrade) yang signifikan pada produk tersebut.
- Pautan dan QR Code Pendaftaran, penghantaran laporan dan video inovasi adalah:
FORMAT PERTANDINGAN INOVASI
- Setiap penyertaan bagi kelima-lima (5) kategori yang dipertandingkan wajib mematuhi format dan kaedah penilaian yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Video Pembentangan Inovasi
- Laporan Projek Inovasi
- Penulisan laporan inovasi perlu menggunakan template yang disediakan.
- Laporan inovasi tidak boleh melebihi TIGA (3) muka surat dan termasuk gambar.
- Video pembentangan dan laporan projek inovasi yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian.
- Kriteria penilaian merangkumi:
- video (40%)
- laporan (60%)
- Panel hakim akan menilai setiap kategori berdasarkan kandungan persembahan video dan laporan yang mengandungi maklumat berkaitan projek inovasi. Keputusan panel hakim yang dilantik adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Video Pembentangan Inovasi akan dimuat naik oleh pihak penganjur pada 15 Oktober 2026 di laman web https://www.spedip.com/pedated2026.html.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN VIDEO INOVASI
- Persembahan peserta bagi menyampaikan semua maklumat berkaitan projek inovasi adalah berbentuk penghasilan video inovasi mengikut kreativiti masing-masing.
- Peserta mestilah menggunakan alat perakam sendiri sama ada perakam video / telefon pintar untuk menghasilkan video yang berkualiti agar mudah dinilai oleh panel hakim berdasarkan kriteria penilaian kreativiti dan inovasi yang telah dinyatakan.
- Tempoh masa video inovasi adalah tidak melebihi lima (5) minit dan disediakan dalam format MP4. Tiada penilaian pemarkahan akan diberikan bagi baki video persembahan yang melebihi tempoh 5 minit (Contoh: Kandungan video pada minit ke-5.01 dan ke atas tidak akan dinilai ).
- Video pembentangan inovasi boleh menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
- Video inovasi hendaklah dihantar melalui pautan YouTube (unlisted) atau pautan GoogleDrive. PASTIKAN pautan boleh diakses dan video boleh dimuat turun.
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN INOVASI
- Laporan Projek Inovasi yang disediakan hendaklah tidak melebihi 3 muka surat termasuk rujukan dan lampiran (sekiranya ada).
- Laporan inovasi boleh ditulis sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Fail Laporan Projek Inovasi hendaklah dihantar dalam format dokumen Word (.doc). dan PDF.
- Laporan inovasi dan video ini perlu dihantar melalui pautan Pendaftaran Pertandingan Inovasi (Google Form) sebelum ATAU pada 31 Ogos 2026.
ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
- 10 finalis terbaik setiap kategori dijemput untuk bertanding di peringkat akhir pada 20 - 21 Oktober 2026.
- Anugerah Khas: 10 Inovasi Terbaik Setiap Kategori (Pertama, Kedua, Ketiga dan 7 saguhati).
- Semua penyertaan yang layak akan menerima e-Sijil Anugerah berdasarkan tahap pengiktirafan berikut:
- Sijil Anugerah Emas
- Sijil Anugerah Perak
- Sijil Anugerah Gangsa
- Sijil Penyertaan
Hak Penganjur dan Penjurian
- Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan pada sebarang peringkat sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan adalah palsu, tidak benar, atau melanggar hak cipta terpelihara (plagiarisme).
- Keputusan Panel Hakim yang dilantik adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan, pertikaian, atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pertandingan inovasi, sila hubungi:
- Dr Huang Chwei Ing di talian 0194991238
- Dr Law Hui Haw di talian 0168708548
atau melalui e-mel [email protected]
Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan tertakluk kepada keputusan muktamad jawatankuasa penganjur.