PEMBENTANGAN KAJIAN @ PedaTEd2026 Zon Sarawak
TARIKH-TARIKH PENTING
MAKLUMAT PEMBENTANGAN KAJIAN
Pendaftaran sebagai pembentang kajian adalah PERCUMA.
Penginapan dan makan minum tidak disediakan sepanjang PedaTEd2026.
Terdapat TIGA kategori pembentangan kajian di PedaTEd Zon Sarawak 2026 iaitu
Semua pembentang akan diberikan e-Sijil Pembentang.
Pautan dan QR code Pendaftaran dan penghantaran abstrak pembentangan kajian:
Penginapan dan makan minum tidak disediakan sepanjang PedaTEd2026.
Terdapat TIGA kategori pembentangan kajian di PedaTEd Zon Sarawak 2026 iaitu
- Kategori Pensyarah
- Kategori Pelajar
- Kategori Guru Sekolah / Pegawai Pendidikan
- Mod Bersemuka ( Fizikal)
- Mod Bersemuka (atas talian)
- Mod Rakaman Video
- 5 artikel terbaik bagi setiap kategori
- Pembentang terbaik bagi setiap bilik pembentangan selari
Semua pembentang akan diberikan e-Sijil Pembentang.
Pautan dan QR code Pendaftaran dan penghantaran abstrak pembentangan kajian:
Pautan dan QR code Penghantaran artikel penuh (pilihan):
Pautan dan QR code Penghantaran rakaman video:
GARIS PANDUAN PENULISAN ABSTRAK PEMBENTANGAN KAJIAN
- Abstrak boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina atau Bahasa Iban. Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Cina atau Bahasa Iban perlu menterjemahkan abstrak dan kata kunci ke dalam Bahasa Melayu.
- Panjang abstrak hendaklah tidak melebihi 250 patah perkataan dalam satu perenggan, tidak termasuk tajuk, nama dan butiran penulis.
- Abstrak tidak boleh mengandungi sebarang rujukan, jadual atau rajah.
- Abstrak hendaklah dihantar dalam bentuk Microsoft Word dan PDF.
- Namakan fail abstrak dengan menggunakan nama penulis yang pertama
- Abstrak perlu dihantar semasa pendaftaran pembentangan kajian
- Sila gunakan Template Abstrak yang disediakan.
GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL PENUH PENYELIDIKAN
- Artikel penuh boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina atau Bahasa Iban. Untuk artikel yang ditulis dalam Bahasa Cina atau Bahasa Iban, abstrak dan kata kunci dalam artikel tersebut perlu diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
- Bidang penyelidikan haruslah selaras dengan tema dan subtema persidangan.
- Panjang artikel adalah tidak melebihi 15 muka surat (saiz A4) termasuk teks, jadual, rajah, rujukan dan lampiran.
- Artikel yang dihantar mestilah merupakan hasil asli dan tidak pernah diterbitkan sebelum ini. Jika artikel tersebut disyaki plagiat, maka ia akan ditolak secara automatik.
- Artikel yang terpilih akan diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan dan Pendidikan Jilid 19, IPG Kampus Sarawak. Manakala artikel yang tidak terpilih, akan diterbitkan dalam eProsiding PedaTEd2026 Zon Sarawak.
- Sila muat turun template penulisan artikel. (Template Penulisan Artikel Penyelidikan akan disediakan dalam masa terdekat)
GARIS PANDUAN SESI PEMBENTANGAN
- Semua pembentangan boleh disampaikan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina atau Bahasa Iban.
- Terdapat TIGA mod pembentangan iaitu:
- Mod Bersemuka ( Fizikal)
- Mod Bersemuka (atas talian)
- Mod Rakaman Video
- Pembentang perlu memilih mod pembentangan semasa pendaftaran pembentangan kajian.
- Pembentang tidak dibenarkan untuk menukar mod pembentangan selepas pendaftaran.
- Masa pembentangan bersemuka akan ditetapkan kemudian.
- Pembentang bersemuka (fizikal) atau bersemuka (atas talian) dikehendaki hadir mengikut jadual pembentangan yang akan ditetapkan oleh penganjur.
- Bagi pembentang yang memilih mod rakaman video, durasi rakaman video hendaklah tidak melebihi 10 minit. Format video adalah dalam MP4. Namakan video dengan menggunakan nama pembentang.
- Rakaman video hendaklah dihantar hendaklah melalui pautan YouTube (unlisted) atau pautan GoogleDrive. PASTIKAN pautan boleh diakses dan video boleh dimuat turun.
Garis Panduan dan Pautan Berkaitan:
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pembentangan kajian dan garis panduan penulisan artikel, sila hubungi:
- Dr Magdeline Anak Nor di talian 0198254570
- Dr Baity Anak Bujeng di talian 013-8047476
- Dr Edmund Anak Austrus di talian 0126634596
atau melalui e-mel [email protected]
Pihak penganjur dan lembaga editorial jurnal berhak membuat pindaan tertakluk kepada keputusan muktamad jawatankuasa penganjur.